********************** untuk maklumat lanjut, sila layari www.webnisa.net ********************** 

  Unit Kerjaya membantu generasi muda cemerlang dalam pengajian dan kerjaya dengan cara:

  • Menanamkan kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa mereka perlu cemerlang dalam pengajian.
  • Membina bank resume bagi memudahkan proses “candidate-vacancy match making” (proses pemadanan calon-kekosongan).
  • Menyediakan khidmat nasihat dalam memilih kerjaya serta program-program kemahiran yang boleh memberikan nilai tambah kepada ahli NISA’.
  • Membuka minda generasi muda untuk menerokai bidang keusahawanan.
  • Menyediakan satu platform untuk generasi muda berkongsi pengalaman dan saling membantu dalam perkara yang berkaitan dengan pengajian & kerjaya.

Antara MODUL Unit Kerjaya:

  • PMR : Langkah Pertama Menuju Kejayaan
  • Halatuju Selepas SPM
  • Penulisan Resume Yang Efektif
  • Tips Temuduga
  • Sembang Kerjaya
  • Tips Untuk Menjadi Usahawan

 

“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertaburanlah kamu di muka bumi, & carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya kamu beroleh kejayaan” ( Al Jumu’ah : 10 )

 

~~~~~

 

  Unit Pembangunan Insan berperanan mendidik generasi muda dengan membangkitkan semangat menyintai ilmu dunia dan ilmu akhirat melalui program yang mudah, ceria serta menarik.Di samping bergembira menerokai ilmu bersama teman-teman baru, ahli NISA’ berpeluang berkongsi dan menceduk pengalaman bagi mempertingkatkan peribadi dan personaliti diri bersama
ahli-ahli yang lebih senior.Antara MODUL Unit Pembangunan Insan:

  • Jalan-Jalan Cari Ilmu
  • Modul I’m Proud 2B A Muslim
  • Quranic Circle
  • Nisa Games
  • Nisa Jamboree
  • Movie & Song Critix
  • Personality Grooming Courses
  • Self Development Courses
  • NISA’ Xplore Race
  • Parables in The Quran
  • OK 2 Karaoke

 

“Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun
dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.”
( Hadis riwayat Muslim )

 

~~~~~

 

  Unit Khidmat dan Kaunseling berperanan sebagai “the lending ears” kepada generasi muda dengan cara:

  • Menjaga kebajikan ahli secara proaktif.
  • Bekerjasama dengan Unit Pembangunan Insan dan Unit Kerjaya untuk melahirkan ahli NISA’ yang serba boleh.
  • Menjalin hubungan akrab dengan rumah perlindungan dan rumah kebajikan (khusus untuk remaja dan wanita muda).

Antara MODUL Unit Khidmat & Kaunseling:

  • Kaunseling Maya : www.webnisa.net
  • Telekaunseling : NISA’ Careline
  • NISA’ Friendly Visit
  • NISA’ Away Day
  • NISA’ Group-binding
  • NISA’ Outreach

 

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung”      (Ali Imran : 104)

~~~~~