ukj/kerjaya


Pusat Pengajian Islam Darul Ta’lim adalah salah sebuah pusat pengajian Islam yang menyediakan kelas-kelas agama untuk semua peringkat umur. Lokasi Pengajian di TTDI, KL.
Menyediakan kelas pengajian secara rakaman kepada masyarakat dengan adanya laman web islamiclearningcentre yang boleh dilayari di http://www.islamiclearningcentre.com.
 
KERJAYA DI DARUL TA’LIM.
(kemasukan segera)
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan beragama Islam
  • Pendidikan dalam bidang IT / mempunyai kepakaran dalam bidang IT
  • Skop kerja : Editing audio/video dan rakaman,menguruskan laman web islamiclearningcentre,melakukan tugas-tugas khas dll
  • Latihan (Training) disediakan
  • Gaji boleh dirunding (sila sertakan ‘expected salary’ di dalam CV)
  • Boleh bekerja Sabtu @ Ahad (Cuti adalah pada hari Isnin & pilihan Sabtu @ Ahad)
  • Jika berminat,sila hantar resume/CV & cover letter (jika ada) ke email suriaazura@gmail.com  atau hubungi 0377275067  untuk maklumat lanjut

Sebarkan.

Sila tuan/puan layari : http://www3.lgm.gov.my/upsm/Jawatan/Iklan_Jawatan_Kosong_080908.pdf bagi memuat turun iklan jawatan kosong di LGM. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang boleh di dapati di Pejabat UPSM, 260 Jln Ampang

ataupun

Untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional, http://www3.lgm.gov.my/upsm/Borang/Perancangan/Borang_Jawatan_Pegawai-2.pdf
Untuk Kumpulan Sokongan, http://www3.lgm.gov.my/upsm/Borang/Perancangan/Borang_Jawatan_Sokongan.pdf
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 26 September 2008.
 
PA diminta menghebahkan mengenai iklan kekosongan jawatan ini kepada semua kakitangan di unit masing- masing.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan  sebuah Institusi Pengajian Tinggi  Awam (IPTA) yang ke-19 ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia yang diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9). Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli  sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.
Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent) , bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

 

JAWATAN AKADEMIK

BIL

NAMA JAWATAN

GRED

 

1

PENSYARAH/PROFESOR MADYA/PROFESOR

DS45/DS51/DS53 – KHAS A/B/C

2

GURU BAHASA

DG41

3

TUTOR

DA41

 
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN
[a].       FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Pengurusan, Perniagaan, Keusahawanan, Perakaunan, Penjagaan Kesihatan, Ekonomi, Pemasaran, Undang-Undang Perniagaan, Kewangan, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Hospitaliti, Pengurusan Operasi, Matematik Perniagaan, Statistik Perniagaan, Sains Pemakanan, Sukan & Rekreasi dan Pengurusan Risiko, Logistik dan Pengedaran.
[b].      FAKULTI AGRO INDUSTRI DAN SUMBER ASLI
Bio-Kimia, Teknologi Bio-Proses, Kejuruteraan Kimia, Sains Kimia, Proses Hiliran, Pemprosesan Makanan, Teknologi Mikrob, Sains Alam Sekitar, Sains Matematik, Sains Haiwan, Sains Tumbuhan, Sains Pertanian, Pengurusan Ladang, Sains Peternakan, Akuakultur, Teknologi Kultur Tisu, Geo- Sains/Geologi,  Mineralogi, Teknologi Petroleum, GIS dan Geofizik.
[c].       FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Pengajian Warisan – Antropologi & Sosiologi, Arkeologi, Senibina Warisan, Pemuziuman, Seni Halus, Teknologi Pemuliharaan & Pemeliharaan dan Tradisi Lisan.
Komunikasi Visual – Grafik (Advertising, Illustration & Corporate Identity), Komputer Grafik, Packaging.
Multimedia – Multimedia, Video Games, Animasi (2D & 3D) dan Web Designer. Rekacorak Tekstil & Fesyen – Tekstil, Fesyen, Teknologi Produksi Tekstil dan Teknologi Bahan.
Rekabentuk Produk – Ergonomic, Teknologi Pembuatan, CAD/CAM, Mekatronik, Teknologi Bahan dan Rekabentuk Produk (Tradisional Design & Craftmenship, Furniture Design & Craftmenship dan Packaging Design), Seni Grafik, Rekabentuk Produk, Seni Digital, Rekabentuk Tekstil dan Fesyen.
 
[e].      PUSAT PENGAJIAN BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSANIAH
Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Hubungan Etnik, Pemikiran Kritikal dan Kreatif, Falsafah Ilmu, Sains Politik, Sains Pembangunan, Pengajian Tamadun dan  Peradaban serta Kebudayaan, Psikologi, Etika Profesional & Moral dan Komunikasi Massa.
 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JAWATAN AKADEMIK

1.         JAWATAN       :           PENSYARAH/PROFESOR MADYA/PROFESOR (DS45 – Khas A/B/C)

Gred Khas C
Pensyarah Universiti Gred DS53/DS54 layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor apabila  telah disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti, lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan DAN diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan. Calon yang mempunyai kelulusan ijazah Doktor Falsafah akan diberi keutamaan.
Gred DS53
Mempunyai kelayakan lantikan Pensyarah Gred DS45, mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya DAN mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan dan telah mencapai tahap setara dengan Gred DS51/52. Calon yang mempunyai kelulusan ijazah Doktor Falsafah akan diberi keutamaan.
Gred DS51
Memenuhi keperluan syarat lantikan Pensyarah Gred DS45, membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya DAN mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan. Calon yang mempunyai kelulusan ijazah Doktor Falsafah akan diberi keutamaan.
Gred DS45
Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Mempunyai kelulusan ijazah Doktor Falsafah akan diberi keutamaan.

2.         JAWATAN       :           GURU BAHASA (DG41)

  1. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

3.         JAWATAN       :           TUTOR  (DA41)

  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada universiti-universi ti tempatan atau setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Ikhtisas dalam bidang berkaitan dari universiti-universi ti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan akan diberikan kepada sebilangan sahaja calon yang memenuhi syarat lantikan di (a) dan (b) atau mempunyai kelayakan CGPA 3.00 – 4.00 serta memenuhi keperluan bidang pengajian di Universiti.
 
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMK berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
 
IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
 
TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Namun demikian, UMK berhak melantik warganegara Malaysia bagi lantikan secara Kontrak atau Sementara bagi mana-mana jawatan di atas.
 
SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
 
KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
  1. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK  dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
 
SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
 
PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.  Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
 

CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui  laman web http://jobs. umk.edu.my/ job/
  2. Permohonan yang siap dibuat secara `on-line’ perlu dicetak dan dihantar bersama sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan  ke Jabatan Pendaftar UMK seperti alamat di bawah:

Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-
(i)         tidak lengkap atau tidak terang;
(ii)         tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii)        tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iv)        tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(v)         tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

        Jawatan Akademik                     -           Terbuka
 

KETERANGAN AM

  1. Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
  2. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
  3. TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.