Le Tour de Langkawi dan Nisa’ Games

February 5, 2007 in National, Politics
 
Assalamualaikum…

Teringat lagi aku akan waktu zaman persekolahan dulu. Biasanya, pada bulan Februari seperti sekarang ini, aku pasti akan pulang bercuti ke rumah sempena dengan Tahun Baru Cina. Cuti seminggu pada bulan Febuari biasanya tidaklah begitu membosankan dengan kehadiran Le Tour de Langkawi. Setiap petang, aku pasti akan terpacak didepan TV menonton siaran secara lansung kayuhan sejam terakir pelumba ke garisan penamat. Memang kelihatan seperti orang bodoh melihat orang mengayuh basikal. Tapi, berasa puas bila melihat lokasi yang dilalui pelumba yang pernah aku juga jejaki. Biasa la kan..

Kali terakhir aku pergi menonton LTDL secara ‘live’ adalah pada upacara pelepasan di Kuala Berang pada Feb tahun 2005 ketika menunggu keputusan SPM. Memang gampak pekan Kuala Berang ketika tu. Tahun 2006 dan tahun ini, aku tidak berkesempatan lagi untuk mengikuti LTDL. Tapi tak lah kemaruk sangat nak tengok.
Sebenarnya, semenjak dari tahun 1998 lagi aku mengikuti perkembangan jelajah lumba basikal kebanggaan negara ini. LTDL bagi aku memang unik. Bukan la kerana kerana status gahnya sebagai perlumbaan jelajah keempat terbesar didunia. Tapi, bagi aku LTDL memainkan peranan penting sebagai agen penyatuan rakyat dan mempromosikan negara.

48cr71w

Bagi rakyat pula, memang sukar untuk mereka mendapat peluang melihat secara live sukan bertaraf dunia setiap tahun, secara percuma dan menjelajahi hampir ke seluruh negara. Peluang untuk melihat aksi pasukan ternama dari pro-tour seperti Selle Italia, Panaria, Discovery, Lempre dan Credit Agricole memang sukar untuk dilepaskan.Tidak kurang juga hebatnya pasukan-pasukan yang diwakili pelumba-pelumba tempatan.

KERJASAMA YANG MENGENEPIKAN PERBEZAAN POLITIK.

Tidak dinafikan, hampir setiap tahun, LTDL pasti akan memilih Kelantan dan Terengganu sebagai destinasi. Mungkin kerana keadaan geografi dan kebudayaannya yang unik serta menarik untuk dipromosikan kepada dunia luar. Lihat saja persisir pantai di Terengganu yang begitu panjang. Permandangannya memang indah dan menyasikkan walaupun perkampungan nelayan yang usang bertebaran dipesisir pantai.

Walaupun berbeza pandangan dan persefahaman, kerajaan Kelantan dan Terengganu(99-04) akan turut serta memeriahkan acara tahunan ini malahan promosi turut giat dibuat diseluruh negeri. Tuan Guru juga tidak ketinggalan untuk hadir pada majlis pelepasan atau penymapaian hadiah. Selari dengan penglibatan kerajaan yang berteraskan Islam, konsep LTDL yang tidak selari dengan Islam di ubah menjadi lebih ‘comel’. Upacara pengalungan hadiah tidak lagi diiringi oleh wanita malah persembahan tarian yang melibatkan wanita diganti dengan pertunjukan silat.
Tiada lansung sikap berkecuali atau tidak ambil peduli kerajaan negeri PAS dalam membantu penganjuran acara Sukan yang boleh membawa banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak, negeri dan negara. Pendek kata, kerajaan PAS memang bersikap terbuka dalam perkara yang boleh mendatangkan faedah pada rakyat dan negeri selagi mana ia selari dengan dasar negeri, ‘Membangun Bersama Islam’.

DOUBLE STANDARD

Akan tetapi, perkembangan Nisa’ games seakan-akan menggambarkan tindakan sebaliknya dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan yang menganjurkan Nisa’ o7 di Kota Bharu. Biarpun, penganjurannya adalah dibawah program Tahun Melawat Malaysia 2007, kerjasama kerajaan pusat aku lihat begitu kurang.

Lihat sahaja kepada publisiti yang diberi untuk Nisa’ di akhbar-akhbar dan media massa. Tidak sehebat dan serancak yang diberikan kepada LTDL mahupun F1. Aku tidak mahu sekali-kali mengatakan tiada lansung publisiti kerana aku memang tidak berada ditanah air. Tapi, setakat pemerhatian aku di internet dalam beberapa minggu menjelang Nisa’ 07, hanya satu laporan di akhbar Utusan Online mengenai penampilan Ruqaya pada Nisa’ 07 nanti.

Mengapakah sungguh berat bagi untuk berkerjasama mempromosikan konsep yang begitu cantik ini? Mengapa anda boleh berbelanja berjuta-juta untuk mempromosikan Sukan Sea, Sukma dan Sukan Komanwel dulu yang tidak lansung dilandaskan pada Islam? Mengapa tidak dipromosikan secara besar-besaran sukan yang berkonsepkan Islam ini?Apabila kerajaan Kelantan melalui Pertubuhan Nisa’ tampil dengan alternatif, tak ramai yang memberikan sokongan padu. Kenapa semua lesu dan membisu?

Saya tidak mahu menjadikan kerajaan sebagai sasaran secara keseluruhan kerana enthusiasm dari masyarakat akan perkara ini juga kurang. Oh!Apa sudah jadi dengan umat sekarang!perkara baik tak pula mereka bersemangat. Jauh sekali semangat mereka bila dibandingkan dengan AJL, ABP, AF dan segala macam AAAAA lagi!
Mungkin ada yang mengatakan Nisa’ kurang berprestij kerana tidak disertai oleh atlet kebangsaan apatah lagi atlet antarabangsa. Memang la cik adik..Jangan expect semuanya grand. Lebih-lebih lagi ini adalah penganjuran kali pertma. LTDL ketika dahulu pun hanya bermula dengan penyertaan yang kebanyakan pasukan-pasukan dari Asia dan beberapa pasukan pro Tour.

Apapun, aku sangat-sangat bersyukur kerana kerajaan Kelantan melalui Nisa’ dapat hadir dengan satu hasrat murni untuk membawa perubahan dalam dunia sukan. Mereka tidak hanya memngkritk malah telah menunjukkan adanya alternatif. Biarlah orang lain tak mahu mempromosikan Nisa’. Tapi aku tak nak melepaskan peluang untuk mempromosikan perkara baik ini di blog aku yang tak seberapa ini.

Sekian Wasallam.

Sumber: http://farhanwahab.com/2007/02/05/le-tour-de-langkawi-dan-nisa-games/