:: Arkib Sahabat Kaunseling / AUGUST-2007 ::
“ADIK BERTANYA..”
Saya mempunyai rakan yang terjebak dalam zina. Hidupnya serba tak kena. Semakin bertambah-tambah masalah.Walaupun dia sedar kesilapannya, tetapi dia seolah-oleh tidak endah terhadap perara ini. Mohon sedikit pendangan daripada pihak Nisa. Terima kasih
“KAKAK NISA’ MENJAWAB..”
Adik, terima kasih kerana membawa soalan ini untuk dibincangkan. Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang.
‘Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan.’ (Al-Isra’:32)
Imam Ahmad mengatakan:
”Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”
Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka.
Sabda Rasulullah,
Sabdanya: ”Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)
Ibnu Mas’ud r.a berkata: ”Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecualo Allah akan mengizinkan kehancurannya.”
Al Imam al-Zahabi menukilkan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seseorang hamba melakukan perzinaan tercabutlah iman dari dirinya sebagaimana ia mencabut pakaian dari badannya. Iman itu berada di atas kepalanya seperti bayangan. Setelah ia berhenti dari melakukan zina, iman itu kembali semula kepadanya. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dan Imam al-Baihaqi. Apa yang lebih dikhuatiri ialah ketibaan ajal ketika iman telah tercabut dan belum sempat kembali.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Jauzi, seseorang yang berzina akan ditimpa 6 sifat yang membinasakan dirinya; tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Tiga sifat di dunia ialah hilang kehebatan air muka, pendek umur dan berterusan dalam keadaan papa kedana. Manakala tiga di akhirat pula ialah mendapat murka Allah, hisab yang buruk dan mendapat azab yang pedih dalam neraka.
Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak gampang. Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati terhijan daripada taufiq dan hidayah daripada Allah S.W.T.Memohonlah kemaafan daripada Allah SWT atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat.
“Dialah Allah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan perbuatan-perbuatan yang jelek (dosa): (Surah: Assuya ayat 25)
“Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu dengan sungguh-sungguh kepada Allah, semoga Tuhan menghapuskan dosa-dosamu dan memasukkan kamu kesyurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.” (Surah: Attahrim: ayat 8.)
Semestinya seseorang perlu berusaha mengelakkan daripada perkara-perkara yang mendekatkan pada zina:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. Sabdanya : “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan zinanya memegang. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti dan tidak mengikuti.” (Hadis Shahih Muslim No. 2282)
“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali? dengan (alasan) yang? benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan adzab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam adzab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat …” (Al-Furqan: 68-70).
Dan di dalam Musnad Imam Ahmad, diriwayatkan dari Rasulullah:
“Pandangan itu adalah panah beracun dari panah-panah iblis. Maka barangsiapa yang memalingkan pandangannya dari kecantikan seorang wanita, ikhlas karena Allah, maka Allah akan memberikan di hatinya kelezatan sampai pada hari Kiamat.”
Dalam masa yang sama,carilah jalan utuk memperbaki diri dan meningkatkan iman. Carilah:
Guru/seseorang yang boleh membimbing ke jalan yang lurus bagi mengisi kekurangan
Carilah sahabat/kawan yang positif dan cemerlang supaya dapat membimbing kita.
Cari jalan penyelesaian yang betul untuk setiap masalah yang telah timbul.
Cari keredhaan ibu bapa dengan mendapatkan restu mereka dalam apa jua yang dilakukan.
Carilah diri kita yang sebenarnya. Muhasabah diri sendiri setiap hari sebelum tidur. Adakah kita khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir bumi atau pemusnah yang menantikan balasan di akhirat?
Berubahlah cara pemikiran corak kehidupan dari yang negatif kepada yang positif:
Tunaikan semua rukun iman dan rukun Islam yang diketahui dan telah dipelajari kerana itu adalah tanggungjawab asas yang perlu dipenuhi.
Dari seorang yang hanya berharap, bertukarlah kepada seorang yang berusaha.
Dari seorang yang hanya meminta, tukarlah kepada seorang yang memberi. Jika kita mempunyai rezeki lebih, infaqkanlah kepada yang memerlukan.
Dari seorang yang hangat-hangat tahi ayam, tukarlah kepada seseorang yang melakukan sesuatu secara konsisten dan bersungguh-sungguh.
Akhir kata, Islam adalah agama yang memelihara hambanya. Di sebalik pengharaman pasti ada hikmahya.
Salam sayang.
Kakak NISA’ MALAYSIA
“Teman yang mendengar”