:: Arkib Sahabat Kaunseling / AUGUST-2007 ::
Saya mempunyai seorang kawan, yang telah terjebak ke kancah perzinaan. Bagaimanakah cara untuk saya mendapat kekuatan bagi menegurnya. Saya tidak mahu jika saya berdiam diri, sedangkan saya tahu dosa yang dia lakukan..kelak saya akan disoal oleh Allah.
Apakah tips atau modal yang boleh saya gunakan untuk memancingnya agar kembali bertaubat.
Terima kasih atas keparcayaan kepada nisa. Sememangnya sahabat anda memerlukan panduan, bukan sekadar tulisan. Tetapi, di sini kami cuba apa yang termampu, sebagai saudara seislam.
Mungkin dia memerlukan satu asas yang kukuh untuk menguatkan pendirian dan ketetapan hati..
Di sini di cadangkan, minta dia membeli/ mendapatkan/ diberikan buku yang dia perlukan, yang boleh dia terima dan benar2 ingin tahu yang menjelaskan tentang pandangan Islam terhadap ada yang dia alami.
Disini, di berikan contoh bacaan atau buku dan rasionalnya:
1. Berkaitan Penawar Hati Wanita :: Secara umumnya berada dalam keadaan yang gelisah. Bagi saya mungkin dia juga ingin mencari penyelesaian kepada kegelisahan dia. Bayak buku mengajarkan tenang ketenangan hati menurut Islam. Buku yang baik ataranya ialah Penawar Hati tulisam Imam AlGhazali. Tidak lupa juga, sumbaer Ilmu yang paling utama, iaitu ALQuran, amat dinasihatkan untuk dia banyak membaca Al-Quran.
Disamping itu, mintalah supaya berusaha mambaca tafsir alquran sebagai jalam memahami banyak rahsia dalam hidup melalui Al-Quran mengenai semua banyak perkara: hati, taubat, motivasi diri, kekuatan iman, perkahwinan dan banyak lagi.
2. Berkaitan Ciri2 Wanita Solehah/ Syurga/ Isteri Rasulullah :: Supaya dia suka pada kehidupan yang dilalui oleh mereka. Dan pada masa yang sama benar2 menyesali cara hidup yang dilaluinya. Disamping mempunyai kekuatan baru. Tak semestinya buku sebenarnya, tetapi tulisan/ email yang menunjukkan betapa indahnya mencontohi mereka, juga boleh membantu.
3. Berkaitan Pekahwinan menurut Islam/ persediaan perkahwinan :: Memandangkan dia ada dilema tentang cinta dan perkahwinan, di harap dia dapat faham bnayak perkara tentang apa yang diserabutkan.
Mudah-mudahan perkara yang diketengahkan ini membantu. Semoga ia membantu diri kita juga untuk lebih dekat pada Maha PeNCIPTA….
Salam sayang.
Kakak NISA’ MALAYSIA
“Teman yang mendengar”

