October 2008


Felcra Nasarudin telah dilanda ribut, semalam (7/8/2008).  Lebih kurang 30 rumah dan masjid mengalami kerosakan.  Unit Amal Kawasan Parit telah turun padang untuk membantu mangsa ribut.

Bantuan kewangan yang segera diperlukan untuk bantu dari segi makanan.  Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun:

Aniza Isahak (012-4063176)
Bank Islam: 08086020013983
Maybank: 158118103060

Sila sms jika ada membuat sebarang transaksi, beserta jumlah dan nama akaun bank yang dimasukkan.

-3N

Assalamualaikum wbt. Kita kehilangan seorang lagi sahabat yang kita kasihi. Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah. Moga kehilangan ini, memberi seribu satu muhasabah buat kita yang masih berbaki sisa usia ini, untuk meneruskan ibadah di muka bumi ini.

Kepada keluarga Allahyarhamah, kami mendoakan semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat ini. Semoga Allahyarhaman tenang di sana…

****

SMS dari: kak mastura > Arnisa/ NISA’ Sabah >

Siti Aisyah bt Bakri pulang ke rahmatullah pagi tadi, kemalangan kereta hari Sabtu.
 
Kereta yang dipandu oleh ibu saudara Aisyah telah terjatuh ke dalam gaung. Ibu saudara Aisyah telah meninggal di tempat kejadian, manakala Arwah Aisyah pula duduk bersebelahan pemandu. 
 
Ibu saudara Aisyah yang seorang lagi duduk di tempat duduk belakang selamat. Mari sama-sama doakan ibu saudara Aisyah ini cepat sembuh.
 
Soroti kenangan dan kongsi pengalaman hidup bersama Allahyarhamah Siti Aisyah Bakri di
<< sitiaisyahbakri.blogspot.com >>
mulai jam 5.00 petang ini.
 
-Tribute dari team NISA’ Sabah untuk arwah yang dikasihi-